Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) memperkenalkan Program Saringan Kesihatan (HSP) 3.0 sebagai salah satu tuntutan PERKESO yang boleh dibuat oleh para pencarum.
Kalau anda nak tahu, seramai 23,174 pencarum pada tahun 2022 dilaporkan mengalami hilang upaya atau meninggal dunia disebabkan oleh penyakit tidak berjangkit atau Non-Communicable Disease (NCD).
Tambahan lagi, 42 peratus pekerja direkodkan mengalami masalah obesiti, 14.1 peratus menghidapi kencing manis, dan 27.9 peratus mengalami hilang upaya.
Oleh itu, kerajaan dengan kerjasama PERKESO mengadakan Program Saringan Kesihatan (HSP) 3.0.
Untuk ketahui lebih lanjut mengenai tuntutan PERKESO untuk pencarum, teruskan membaca.
Apa Itu Program Saringan Kesihatan (HSP) 3.0
Program Saringan Kesihatan (HSP) 3.0 merupakan penawaran pemeriksaan kesihatan pasca COVID-19 percuma kepada pencarum PERKESO yang layak.
HSP 3.0 ini menawarkan ujian pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi pengesanan lebih banyak faktor risiko NCD (Non-Communicable Disease).
Tawaran ini dibuka kepada ke semua pekerja atau pencarum PERKESO yang berumur 40 hingga 59 tahun, termasuk individu yang pernah menjalani ujian saringan HSP sebelum ini.
Dalam HSP 3.0 ini, pencarum PERKESO akan menjalani rawatan:
- Ujian darah terperinci
- Konsultasi
- Ujian air kencing
- Pemarkahan kesihatan mental
Ujian pemeriksaan kesihatan percuma ini berlangsung dari 16 Mei 2023 sehingga 31 Disember 2023.
Cara Register HSP 3.0
Langkah #1: Muat Turun Aplikasi SEHATi
Untuk permulaan, muat turun aplikasi SEHATi di Apps Store jika anda pengguna iOS atau di Play Store jika anda pengguna Android.
Langkah #2: Masukkan Nombor Telefon dan OTP
Selepas memuat turun aplikasi dan memilih bahasa aplikasi serta membaca pengenalan kepada aplikasi, sebaik sahaja anda buka aplikasi SEHATi, anda akan diminta untuk memasukkan nombor telefon.
Selepas anda memasukkan nombor telefon, anda akan dihantar one-time password (OTP) melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Selepas mendapat SMS, masukkan setiap digit lengkap OTP ke dalam ruangan disediakan dan klik ‘Sahkan’.
Langkah #3: Daftar Maklumat Peribadi
Pada paparan ini, anda diminta untuk mengisi maklumat peribadi seperti:
- Nama penuh
- Kewarganegaraan
- Nombor Kad Pengenalan/Nombor Pasport
- Alamat e-mel
- Jantina dan tarikh kelahiran (pengisian automatik)
- Kata laluan
- Pengesahan kata laluan yang sama
Selepas mengisi maklumat peribadi dengan lengkap, jangan lupa untuk tanda ‘accept’ di dua kotak ‘saya terima Terma dan Syarat’ dan ‘Saya telah membaca dan mengakui Dasar Privasi’.
Kemudian, tekan butang ‘Mendaftar’.
Langkah #4: Sahkan E-Mel
Anda akan menerima e-mel mengenai pengesahan e-mel yang anda masukkan dalam ruangan maklumat peribadi.
Jadi, buka aplikasi Gmail untuk membuka emel yang dihantar selepas sahaja menekan butang ‘mendaftar’.
Di emel tersebut, anda akan diberikan link kepada pengesahan email. Klik link dan anda akan dibawa ke paparan yang menyatakan anda sudah berjaya mendaftar.
Langkah #5: Daftar Masuk
Buka aplikasi SEHATi kembali dan daftar masuk seperti biasa.
Anda akan diminta untuk memasukkan emel dan kata laluan.
Langkah #6: Semak Kelayakan
Selepas anda berjaya mendaftar masuk, anda akan dibawa ke paparan laman utama atau homepage.
Di laman utama, anda dikehendaki untuk menekan ikon ‘Notifikasi’ di bahagian atas sebelah kiri.
Di paparan Notifikasi, anda akan dikehendaki untuk melengkapkan Soalan Pra-Penilaian dan Soalan DASS-21 untuk menyemak kelayakan pemeriksaan kesihatan percuma.
Selepas mengisi kedua-dua borang, anda akan dibawa kembali ke paparan Notifikasi dan akan diberitahu sama ada anda layak atau tidak layak.
Langkah #7: Tetapkan Tarikh, Pakej & Lokasi Klinik Pemeriksaan Kesihatan
Jika anda layak menerima pemeriksaan kesihatan percuma ini, anda perlu menekan butang ‘DISINI’ yang dipapar di bar notifikasi kedua selepas pengisian borang untuk memilih pakej.
Kemudian, anda di bawa ke paparan pakej yang disyorkan. Salah satu pakej yang dipaparkan adalah Program Saringan Kesihatan PERKESO > 40 tahun.
Tekan pilihan tersebut dan akan keluar paparan seperti di bawah:
Tekan butang ‘Add to Cart’ untuk memilih pakej ini.
Kemudian, tekan butang ‘Teruskan’ yang akan membawa anda ke paparan peta kawasan sekitar.
Untuk lebih mudah, tekan butang ikon carian. Pilih negeri anda berada buat masa itu dan tulis nama klinik serta poskod untuk cepat mendapatkan nama klinik berhampiran.
Boleh juga jika anda mahu menggunakan cara seperti melihat peta dan memilih kawasan berdekatan anda.
Selepas memilih lokasi klinik, tekan ‘Tempah Janji Temu’ dan pilih tarikh dan masa pemeriksaan. Kemudian, tekan Tempah Sekarang’.
Cara Semak Keputusan HSP 3.0
Untuk menyemak selepas melakukan ujian pemeriksaan kesihatan ini, tekan tab ‘Tetapan’ yang boleh didapati di bahagian bawah kanan paling hujung.
Di halaman ini, tekan tab ‘Keputusan Ujian’ dan selepas beberapa tempoh, keputusan ujian akan dilampirkan di bahagian ini.
Tekan ‘Download PDF’ untuk melihat keputusan penuh.
Penutup
Dengan kemudahan pemeriksaan kesihatan komprehensif percuma di bawah PERKESO ini, jangan lepaskan peluang.
Curi sedikit masa sebelum tarikh tutup sehingga hujung tahun ini.
Tak tahu nak buat di klinik apa? Jom tempah janji temu untuk Program Saringan Kesihatan (HSP) 3.0 dengan OHPlus sekarang.
Benefits apa yang anda dapat kalau tempah dengan OHPlus?
- PERCUMA Pemeriksaan Penyakit Tidak Berjangkit Bergerak untuk pekerja anda.
- PERCUMA Bicara Kesihatan Dalam Talian Selepas Acara Promosi Kesihatan & Visi Sifar di Tempat Kerja.
- PERCUMA Ringkasan Laporan HSP untuk Majikan 10 mata CEP oleh DOSH – Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS).
Mudahkan urusan anda untuk dapatkan pemeriksaan kesihatan HSP 3.0 dengan OHPlus