Klinik X ray Near Me: Pemeriksaan Kemalangan dan Kecemasan

Klinik X-ray Near Me

Jika anda memerlukan rawatan x-ray yang berdekatan dengan rumah anda boleh guna keyword “klinik x ray near me” dan anda akan jumpa pelbagai klinik yang menawarkan perkhidmatan x-ray. 

Tahukah anda, Malaysia merupakan antara negara yang mengalami kadar kemalangan dan kematian yang tertinggi di dunia. 

Antara tahun 2000 hingga 2014, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) melaporkan terdapat peningkatan jumlah kemalangan jalan raya sekitar lebih 200 ribu kes. 

Jika anda terlibat dalam kemalangan sama ada kemalangan, walaupun anda tak nampak kecederaan secara nyata, anda tetap perlu ke klinik untuk menjalankan pemeriksaan. 

Hal ini adalah bagi mengelakkan dari kemungkinan bahawa anda mengalami kecederaan dalaman atau lain-lain. 

Oleh itu, kami akan berkongsikan apa yang anda perlu tahu tentang pemeriksaan kemalangan dan kecemasan dan di mana anda boleh dapatkan pemeriksaan ini. 

Apa Itu Pemeriksaan X-ray Kemalangan & Kecemasan?  

Klinik X-ray Near Me

Salah satu pemeriksaan yang akan dilakukan terhadap anda apabila anda terlibat dalam kemalangan jalan raya adalah pemeriksaan X-ray. 

Pemeriksaan ini akan dilakukan ke atas pesakit-pesakit yang mendapatkan rawatan di jabatan kemalangan dan kecemasan di mana pesakit yang kritikal akan diutamakan. 

Jenis-jenis Kemalangan di Jalan Raya  

Pemeriksaan Kemalangan

Kemalangan jalan raya adalah kemalangan atau kejadian yang melibatkan sama ada kenderaan motor, basikal, beca, pejalan kaki dan lain-lain jenis kenderaan.

Kesatuan Kesihatan Sedunia (WHO) pula mendefinisikannya sebagai pelanggaran atau kejadian yang mungkin boleh atau tidak membawa kepada kecederaan, berlaku di jalan awam dan melibatkan sekurang-kurangnya sebuah kenderaan yang bergerak. 

Kemalangan jalan raya boleh dikategorikan berdasarkan mangsa yang terlibat iaitu pejalan kaki, pemandu atau penumpang. 

Di Malaysia, terdapat juga kategori yang melibatkan penunggang kenderaan beroda dua seperti motorsikal kerana jumlah kes yang agak tinggi. 

  • Pejalan Kaki

Terdapat tiga jenis kecederaan yang dialami oleh pejalan kaki. 

Kecederaan primer berlaku apabila impak pertama pelanggaran terus kepada pejalan kaki.

Akibat impak pertama tersebut, mangsa biasanya akan tercampak dan menghentam kenderaan. Kecederaan ini digelar kecederaan sekunder. 

Kecederaan tertier pula berlaku akibat mangsa tercampak ke atas permukaan jalan. 

Sifat kecederaan pejalan kaki bergantung kepada kelajuan dan bahagian kenderaan yang melanggarnya. 

Pelanggaran kelajuan rendah (20km/j) biasanya akan menyebabkan pejalan kaki terdampar di hadapan atau sisi kenderaan. 

Pelanggaran kelajuan sederhana (20-60km/j) biasanya menyebabkan mangsa tercampak ke atas bonet atau di cermin hadapan kenderaan.

Pelanggaran kelajuan tinggi pula (60-100km/j) boleh menyebabkan mangsa tercampak ke atas dan jatuh ke tanah. 

Kemalangan berkelajuan rendah sering mengakibatkan mangsa digilis kenderaan yang melanggarnya. 

Manakala, kemalangan berkelajuan tinggi boleh menyebabkan trauma kepala yang parah apabila mangsa terhentak ke permukaan tanah. 

  • Pemandu & Penumpang

Pelanggaran di antara kenderaan sama ada dengan kenderaan lain atau struktur jalan boleh mengakibatkan kecederaan kepada pemandu dan penumpang. 

Kecederaan boleh berlaku akibat terhentak pada bahagian dalaman kereta yang keras atau mangsa tercampak keluar daripada kenderaan. 

Kecederaan serius boleh dialami oleh pemandu jika dadanya terhentak pada stereng kereta namun pemakaian tali pinggang keledar boleh menghalang kecederaan ini. 

Tali pinggang keledar juga boleh menghalang mangsa dari terhentam cermin hadapan dan tercampak keluar dari kereta.

Selain itu, kesan melecet (abrasion) yang disebabkan oleh mampatan tali pinggang keledar ketika kemalangan boleh membantu mengesan kedudukan mangsa di dalam kereta. 

  • Penunggang Kenderaan Beroda Dua

Penunggang kenderaan beroda dua seperti motorsikal mempunyai risiko tertinggi dalam kes kemalangan jalan raya terutamanya mendapat kecederaan kepala. 

Bagi negara membangun seperti Malaysia, motosikal merupakan pengangkutan yang paling lazim dan penting, berbeza dengan negara maju yang menunggang motosikal sebagai aktiviti masa lapang. 

Mengikut statistik daripada tahun 2000-2014, penunggang motosikal di Malaysia merupakan penyumbang kematian tertinggi iaitu kira-kira 50 peratus daripada kes kematian yang dilaporkan. 

Bila Perlu Pemeriksaan X-ray Kemalangan & Kecemasan?

Pemeriksaan Kemalangan

Apabila anda berjumpa dengan doktor yang merawat anda, doktor akan menentukan samada anda memerlukan pemeriksaan X-ray atau tidak. 

Pemeriksaan X-ray kemalangan dan kecemasan biasanya akan dijalankan jika:

  • Kehadiran bendasing seperti kaca dan paku
  • Tulang patah
  • Sendi dislokasi/teralih
  • Pendarahan organ dalaman
  • Pesakit tidak menyedarkan diri akibat hentakan sewaktu kemalangan atau terjatuh. 

Pemeriksaan ini boleh dilakukan di hospital-hospital KKM 24 jam sehari. 

Kesimpulan 

Kemalangan jalan raya bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng kerana bukan sahaja ia mampu meragut nyawa, ia juga mampu mengganggu kelangsungan kehidupan anda. 

Sebagai majikan yang menitikberatkan keselamatan pekerjanya, terdapat pelbagai jenis pendekatan proaktif yang boleh diambil seperti:

  • Medical check-up secara berkala mengikut peraturan OSHA 2022
  • Pengawasan perubatan & bunyi untuk pekerja yang terdedah kepada bahaya kimia dan persekitaran kerja yang bising
  • Program kesihatan pekerja untuk penyakit tidak berjangkit seperti obesiti, hipertensi dan strok
  • Sokongan kesihatan mental untuk mengurangkan dan meminimumkan bahaya psikososial
  • Tempat kerja ergonomik untuk mencegah penyakit muskuloskeletal yang berkaitan dengan kerja

OHPlus antara ‘klinik x-ray near me’ merupakan platform bersepadu yang menyampaikan penyelesaian kesihatan pekerjaan hujung ke hujung yang berkesan kepada majikan di Malaysia termasuk PKS.

Dengan OHPlus, anda diberikan akses segera kepada kumpulan profesional kesihatan pekerjaan yang berkelayakan.

Anda boleh mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pakar kesihatan profesional multidisiplin termasuk OH Doctors, OH Nurse, Ergonomic, Hygienist dan pakar psikologi industri.

Pekerja boleh memantau kemajuan kesihatan mereka serta menyimpan laporan kesihatan melalui portal OHPlus.

Yang paling penting, OHPlus menawarkan perkhidmatan pekerjaan berkualiti terbaik yang merangkumi:

  • Audiometric Screening
  • Audiometric Diagnostic
  • OHD Examination
  • ENT/Audiologist Services
  • Fitness to Work
  • Return to Work
  • Medical Surveillance
  • OH Consultation

Pastikan kesihatan pekerja anda berada pada tahap optimum dengan OHPlus. 

Share This Post

workplace health promotion

Workplace Health Promotion in Malaysia

Workplace Health Promotion in Malaysia (WHP), an intervention program consisting of a personalized and organizational stress management program, is done to create a healthy workplace

D9-2A, Jalan TKS 2, Taman Kajang Sentral, 43000 Kajang Selangor, Malaysia.

INFORMATION