Medical Check Up Untuk Pekerja, Apa Yang Anda Harus Tahu?

medical check up

Medical check up boleh membantu mengesan penyakit seperti NCD yang dibuktikan mengganggu produktiviti pekerja. 

Jadual seorang pekerja yang padat, komitmen peribadi dan profesional menjejaskan kesihatan mental serta fizikal mereka.

Kajian menunjukkan ramai pekerja di Malaysia mengidap penyakit tidak berjangkit atau Non-Communicable Disease (NCD) seperti darah tinggi, kencing manis dan kanser.

Kadar kesedaran kesihatan dalam kalangan rakyat Malaysia masih lagi rendah, dengan hanya 53% orang dewasa Malaysia telah menjalani medical check-up pada 2021. 

Jom ketahui kepentingan medical check-up dan kenapa pekerja perlu menjalaninya. 

Medical Check-Up Untuk Pekerja

Menurut AIA Vitality Survey, tenaga kerja Malaysia secara amnya tidak sihat disebabkan oleh:

  • 64% pekerja tidak aktif secara fizikal
  • 90% tidak makan makanan seimbang
  • 53% mengalami tekanan berkaitan kerja

Pekerja yang mempunyai kawalan yang lemah terhadap NCD akan berisiko mengalami kecacatan.

Contohnya individu yang mengalami strok boleh mengalami hemiparesis, yang dianggap sebagai kecacatan fizikal dan menyekat mobiliti mereka untuk menjadi produktif.

Namun, pekerja juga boleh mendapat penyakit dari tempat kerja seperti kehilangan pendengaran apabila terdedah dengan persekitaran kerja yang bising.

Namun, risiko kesihatan yang mungkin menyekat calon atau pekerja dalam melaksanakan tanggungjawab kerja mereka boleh dikesan melalui medical check-up.

Medical check-up untuk pekerja ialah sejenis pemeriksaan kesihatan yang digunakan untuk menilai dan memantau potensi risiko kesihatan. 

Terdapat pelbagai jenis medical check-up untuk pekerja. Antaranya:

1. Pemeriksaan Fizikal 

Pemeriksaan fizikal rutin ialah penilaian umum kesihatan anda secara keseluruhan. 

Dalam pemeriksaan fizikal, anda akan ditanya soalan umum tentang kesihatan anda dan diuji refleks, penglihatan dan pendengaran. 

Pemeriksaan fizikal juga boleh melibatkan ujian ketahanan bagi menilai ketahanan fizikal, kekuatan, fleksibiliti atau kelajuan anda. 

Ujian ini mungkin termasuk berlari pusingan, melakukan senaman mudah seperti tekan tubi atau mengangkat sejumlah berat. 

Anda biasanya hanya diminta untuk melengkapkan ujian keupayaan fizikal jika pekerjaan anda memerlukan pekerja untuk sihat secara fizikal.

2. Fitness to Work Assessment 

Fitness to Work Assessment adalah sebahagian daripada langkah kawalan oleh syarikat untuk menguruskan risiko mereka kepada/daripada pekerja.

Kriteria bagi ujian ini adalah berdasarkan undang-undang dan penilaian risiko syarikat yang berkaitan dengan kondisi kesihatan pekerja. 

Pekerja mestilah berada dalam keadaan kesihatan mental, fizikal dan emosi yang baik untuk melaksanakan tugas yang diberikan dengan cekap.

3. Medical Surveillance /Pemantauan Perubatan

Pendedahan kepada bahaya dan bahan kimia di tempat kerja tertentu hanya boleh dikesan melalui urinalisis (ujian air kencing) dan saringan darah.

Bahaya tempat kerja termasuk, tetapi tidak terhad kepada: 

  • Penggunaan dadah dan minuman keras
  • Parakuat (di dalam racun serangga perosak)
  • Plumbum (penyaduran logam dan goresan)
  • Merkuri (penyaduran logam dan goresan)
  • Benzene (digunakan dalam pelarut industri)

Ujian darah dan air kencing untuk kesan bahan berbahaya membolehkan anda menentukan sama ada langkah kawalan risiko anda mencukupi atau jika pekerja terdedah.

Ujian ini boleh menjadi ujian tersendiri atau menjadi sebahagian daripada program pengawasan kesihatan (health surveillance).

4. Return to Work Program 

Program ini merupakan pendekatan proaktif dalam menguruskan pekerja yang sakit/cedera. 

Program ini mempunyai impak yang paling besar dalam menangani pekerja yang tidak boleh bekerja dalam tempoh yang lama. 

Ramai majikan terperangkap dalam dilema sama ada untuk menamatkan atau tidak pekerja yang tidak produktif (menjadi tidak produktif kerana berkaitan kesihatan/kecederaan). 

Penamatan pekerja tanpa keadilan boleh membawa kepada akibat undang-undang dan ini program ini boleh mengurangkan risiko tersebut. 

Artikel Berkait:

Pemeriksaan X Ray Kemalangan Semasa Bekerja

Kepentingan Medical Check-Up

Terdapat pelbagai kepentingan medical check-up untuk pekerja. 

Kepentingan ini bukan sahaja bermanfaat untuk pekerja tetapi turut kepada majikan. 

Kepentingan kepada pekerja: 

  • Mengesan tanda-tanda awal yang boleh mengancam nyawa.
  • Mengurangkan risiko komplikasi.
  • Mengenal pasti potensi bahaya kesihatan.
  • Meningkatkan peluang mendapatkan rawatan dan penawar.
  • Mengurangkan kos dan servis perubatan.
  • Meningkatkan jangka hayat dan kesihatan.

Kepentingan kepada majikan:

  • Pematuhan undang-undang.
  • Akses kepada maklumat kesihatan dan meningkatkan kesejahteraan pekerja.
  • Pekerja yang sihat bermakna peningkatan produktiviti.
  • Turunkan ketidakhadiran kerana pekerja tidak jatuh sakit.
  • Semangat pekerja yang positif dan bertambah baik di tempat kerja.

Kesimpulannya, medical check-up sememangnya penting untuk pekerja agar kesejahteraan pekerja dalam keadaan terjamin dan dapat menepati ketepatan pekeliling kerajaan. 

Khidmat Kesihatan Pekerjaan OHPlus

Dalam mengendalikan kesihatan dan kesejahteraan pekerja anda, terdapat banyak jenis pendekatan proaktif yang boleh diambil seperti:

  • Medical check-up secara berkala mengikut peraturan OSHA 2022
  • Pengawasan perubatan & bunyi untuk pekerja yang terdedah kepada bahaya kimia dan persekitaran kerja yang bising
  • Program kesihatan pekerja untuk penyakit tidak berjangkit seperti obesiti, darah tinggi dan strok.
  • Sokongan kesihatan mental untuk mengurangkan dan meminimumkan bahaya psikososial.
  • Tempat kerja ergonomik untuk mencegah penyakit muskuloskeletal yang berkaitan dengan kerja.

Langgani khidmat kesihatan pekerjaan OHPlus!

OHPlus ialah platform bersepadu yang menyampaikan penyelesaian kesihatan pekerjaan hujung ke hujung yang berkesan kepada majikan di Malaysia termasuk PKS.

Dengan OHPlus, anda diberikan akses segera kepada kumpulan profesional kesihatan pekerjaan yang berkelayakan.

Anda boleh mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pakar kesihatan profesional multidisiplin termasuk OH Doctors, OH Nurse, Ergonomic, Hygienist dan pakar psikologi industri.

Pekerja boleh memantau kemajuan kesihatan mereka serta menyimpan laporan kesihatan melalui portal OHPlus.

Yang paling penting, OHPlus Asia menawarkan perkhidmatan pekerjaan berkualiti terbaik yang merangkumi:

  • Audiometric Screening
  • Audiometric Diagnostic
  • OHD Examination
  • ENT/Audiologist Services
  • Fitness to Work
  • Return to Work
  • Medical Surveillance
  • OH Consultation

Pastikan kesihatan pekerja anda berada pada tahap optimum dengan OHPlus. 

Share This Post

workplace health promotion

Workplace Health Promotion in Malaysia

Workplace Health Promotion in Malaysia (WHP), an intervention program consisting of a personalized and organizational stress management program, is done to create a healthy workplace

D9-2A, Jalan TKS 2, Taman Kajang Sentral, 43000 Kajang Selangor, Malaysia.

INFORMATION